Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, September 30, 2009

Politik Wang (Rasuah)/Politik Menguggut Memang Budaya Umno (BN) ???

Penyokong2 Dato' Mohammad terlalu kecewa atas tindakan ketidak beranian Tan Sri Muhyidin membuat keputusan cahttp://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/ugutisa.jpglon Bagan Pinang semalam. Beberapa perubahan dlm Umno termasuk membenteras politik wang atau rasuah setelah tewas banyak negeri dlm PRU12 dan siri2 Prk sebelumnya yg cuba dilaung-laungkan hanya lah cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Perangai yg sama di Terengganu, hampir 10 orang. Yb Ideris dan Rosol memboikot lawatan dan program Muhyidin dan Hishammuddin tempohari. Peristiwa yg sama juga setelah beberapa jam selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan menjelang lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, kumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ kepada Tan Sri Isa Samad mengugut untuk melakukan ’boikot’.

Kain-kain rentang yang berbunyi ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ dipasang merata-rata tempat di seluruh DUN Bagan Pinang.

Manakala Ts Isa berlagak seperti Adun telah membuat kemunculan dalam majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di Taman Intan Perdana dekat sini.

Kehadiran Isa ke majlis tersebut, cubaan menampakan dan membayangkan kononnya ’sokong menyokong’ diantara satu sama lain, antara Isa dan Muhyidin.

Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang di kuasai oleh penyokong taksub Isa telah di sekolahkan oleh Isa untuk membuat keputusan sebulat suara ’hanya Isa, tidak yang lain’ untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Paparan kain-kain rentang gambar2 Isa melebihi MB Dato' Mohamad termasuk paparan kain rentang mengugut untuk ’boikot’ telah diduga sejak beberapa hari lalu apabila ’cakap-cakap’ tentang boikot pilihanraya Bagan Pinang telah tersebar sejurus selepas Eidul Fitri.

Tindakan Mengapa Najib terpaksa pilih ISA Samad (klik) dan dgn sengaja tidak mengistiharkan calon dan melepaskan koflik tersebut kepada Muhyidin, di padang politik menyelamatkan diri kiranya keputusan Bagan Pinang membawa malapetaka.Walhal Najib turut berada di berada di persekitaran kawasan tersebut.

Timbul persoalan ahli2 Umno , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.Najib telah memulakan kampen PD Bandar Tentera Darat (klik) di dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera.

Ustaz Idris Ahmad ketika berkata, "PAS juga akan membuat program yang sama dalam kem-kem tentera memandangkan pihak UMNO boleh dan mengapa PAS tidak boleh."

Isu calon UMNO akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan dikalangan jentera UMNO semua peringkat, samada pusat atau Umno NS selepas ini.

Isa dilaporkan akhbar media perdana sebagai tokoh yang masih mempunyai ’aura’ dlm Umno seperti juga sifu beliau Mahathir, yg telah berjaya dgn strategi kenyataan helah politik tidak bersetuju dgn Isa sebelumnya telah menerima pemilihan Isa Samad (klik) walaupun imej bersih pemimpin UMNO itu telah dicalari oleh kes rasuah politik, dan Mahathir sendiri pernah di kritik hebat oleh kabinet beliau Samy Vellu, Nazri Aziz, Mantan MB Kedah dan Pak Lah.

Terpilihnya Isa, penyokong Isa akan menghamburkan riang,manakala sebaliknya penyokong Menteri Besar Mohamad Hassan telah pun menyuarakan akan melakukan ’boikot’ sebagaimana ugutan yang dibuat kumpulan taksub Isa.

Kita Lihat Siapa yg kene......???


@PR JUasseh/Jemapoh@

Tuesday, September 29, 2009

Pesuruhan Jaya PAS NS Calon PR Bagan Pinang


Zulkifly calon PAS PRK Bagan Pinang




Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK: 6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

Pengumuman yang menamakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan , Hj Zulkifli Mohamad Omar itu disambut dengan perasaan penuh yakin oleh hadirin bahawa insyallah kemenangan akan berpihak kepada PAS pada PRK Bagan Pinang ini.


@PR Juasseh/Jemapoh@

Rasuah/Politik Wang Hanya Retorik Umno BN



Tun Mahathir tentu kecewa atau mungkin tertawa dgn strategi lamanya yg masih terpakai dengan keputusan yang diumumkan Timbalan Presiden Umno yang yang memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno-Bn untuk prk Bagan Pinang. Shahnon Ahmad cukup kenal siapa Mahathir seperti dlm karya beliau "MUNTAH"

Tun Mahathir (Klik) menentang keras sebelum ini kehendak akar umbi Umno yang mahukan Isa Samad yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang jadi calon Umno di Bagan Pinang.

Apa boleh buat salakan dan jeritan Mahathir jangan calonkan Isa Samad(klik) dah tak laku lagi. Rosmah tidak mahu lagi bergantung dengan telunjuk Mahathir. Rosmah mungkin berpendapat, sekarang ini adalah Najib dan Najib patut popular dgn melakar cara tersendiri.

Mahathir benci Isa Samad jadi calon itu hanya lah helah perang saraf Mahathir dan kononnya pemilihan Mohd Isa berdasar kehendak rakyat di DUN Bagan Pinang pun adalah helah politik.

Demi untuk mengimbangi kuasa Mahyudin yg semakin cuba menonjol dengan ketuanan Ultra Melayu bagi mandapakan semula sokongan Melayu terhadapnya. Agenda beliau cubaan lari dari mempopularkan Najib dgn slogan"1Malaysia". Dan Isa perlu di pungut semula.

Hasrat Mahyuddin kononnya telah menerima lebih satu nama untuk dipertimbangkan(klik), adalah cubaan menutup kegagalan arahannya sebagai pengarah piliharaya. Hanya nama Isa di senaraikan, yg mungkin juga kehendak Isa dan Najib dgn memberi keyakinan kemenangan. Umno Bagan Pinang sudah pastinya akan melakukan undi protes dan pasti lumpuh sekiranya Isa tidak di senaraikan seperti terjadinya di Seremban apabila Ishak dicicirkan dari calon.

Isa Samad dituduh bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana amalkan politik wang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno yang lalu juga berkata. "Saya akan terus berkhidmat seperti 30 tahun lalu". Berkhidmat atau berkelakuan seperti 30 tahun dahulu dgn melantik Waad semula sebagai Exco yg ketika itu dlm siasatan rasuah dan akhirnya di pecat atas desakan Isyak kerana rasuah. Dituduh dgn kehilangan balak termasuk ketika menjadi Ahli Parlimen Jempol. Sering bertelagah dengan Istana.

Atau mungkin Isa akan merampas semula kerusi MB Dato' Mohamad Hassan pilihan Pak Lah. Isa dan Najib adalah dari kem asal Mahathir, bakal mengegarkan ketenangan Umno khususnya Umno NS.

Abu Zahar Ujang, Tim Menteri Dato' Hassan Malek, Rais Yatim dan Dato' Ishak sebagai pesaing terkuat, sudah pasti tidak akan berdiam diri, kiranya Bagan Pinang berpihak kepada Isa. Umno NS pasti berkocak dengan hebatnya. Isa akan bertindak membariskan semula sahabat-sahabat yg berkiblatkan dgnnya sama juga seperti Pak Lah dan Najib sekarang. Umno NS akan lebih berpuak seperti Terengganu.

Isa akan berperang berhabis-habisan setelah kecewa dengan kerusi Tim Perdana Menteri yg sepatutnya milik belia, kini terlepas kepada orang Pak Lah Mahyudin. Maka Hassan Malek, Rais Yatim, Dato' Mohamad, Shaziman dan KJ akan memberi akur janji taat setianya berpaut kukuh di kaki Isa selepas ini.

Masing-masing cukup tergugat, dan PRU13 Umno akan berhadapan dengan isu kelayuan. Ahli-ahli Umno kini semakin hilang kepercayaannya untuk mendapatkan pemimpin bersih.

Umno tid
ak peduli dengan maruah, asalkan dapat berkuasa dan taat setia dgn arahan.

Dengan undi pos(klik) mencecah 4600 undi mungkin Umno akan menang selesa , tapi sebelum wisel penamat bunyi kita kena lawan. Kita lawan atas nama benci perasuah, benci ketidak adilan dalam undi Pos dan bencikan Isa Samad yang dituduh sebagai perasuah dan pengamal politik wang untuk menang!

Perjuangan kita bukan cukup terhenti dengan kemenangan, malah ianya berterusan selagi nadi berdenyut untuk membentuk keadilan keseluruhan.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Sunday, September 27, 2009

Adun Johol Di Serang Barah Tulang ???


Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; terjatuh ketika bermain badminton akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Mungkinkah ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, Umno (BN) dan SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Khabarnya, Yb Roslan dengan penuh tanggung jawab dan kesedaran telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ADUN JOHOL sebelum ini.


Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihanraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak.

Kami dari PR Juasseh/Jemapoh atas ikatan persaudaraan seagama, sentiasa mendoakan agar kesihatan Yb Roslan pulih seperti kala. Tidak tergamak rasanya kami bertarung politik dlm keadaan Yb yg uzur dan diselubungi pilu keluarga terutama dlm suasana Aidil Fitri ini.

Malangnya ada juga kedengaran ahli-ahli Umno Johol yg tidak sabar2 dgn cubaan melobi dan menghantar surat permohonan ke Umno perhubungan NS agar terpilih sebagai calon Dun Johol mengantikan Yb Roslan yg sedang uzur. Apa sebenarnya yg di kejar ????
@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, September 26, 2009

Nasihat/Pandangan Kami Kepada Bloggers Pakatan Rakyat

[Image009.jpg]Objektif penubuhan blogggers Pakatan Rakyat perlu di hayati semula. Perlu ada rasa tanggungjawab yg tinggi dan displin dlm membina penyampaian berita inspirasi hala tuju gabungan PAKATAN RAKYAT, bakal kerajaan alternatif yg di impi-impikan rakyat Malaysia dlm ketelusan prinsip, keadilan, keilmuan dan kesejahteraan keimanan.

Adalah terlalu janggal dan lari jauh menyimpang dlm matlamat asal, Menghentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat secara berlebihan bukan tujuan yg sebenarnya. Adalah lebih baik para bloggers jgn mengistiharkan diri sebagai bloggers Pas Pakatan Rakyat dan hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan dan sememangnya ini adalah tugasan penyampaian propaganda dari Umno(BN).

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas/PR juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas/PR semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas/PR meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas/PR termasuk blog-blog pimpinan PR samada disedari atau tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS/PR !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu kami dari Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh Kuala Pilah Negeri Sembilan menyeru bloggers2 Pas/PR agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

Harapan kami juga agar Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dapat membentuk satu ajk media bloggers dengan memberi garis panduan etika penulisan bloggers PR selari dgn semangat dan etika yg lebih berdisplin dan berhemah.


Para bloggers seharusnya ingati mengingati antara satu sama yg lain, agar kita sebagai penyampai maklumat PR perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO.

Yang kehadapan ini, sekiranya para bloggers masih belum mampu mendisplinkan etika berkarya seiring dgn kehendak Pakatan Rakyat, kami akan beranggapan bahawa anda mungkin salah seorang penulis upahan alat propaganda BN yg di tugaskan melalui salah satu strategi untuk menghancurkan kerajaan dan pimpinan Pakatan Rakyat.

@@ PR Jemapoh/Juasseh@@

PRK Bagan Pinang: Umno Masih terkial2 dgn Moral

Ketika para pemimpin Umno di Teluk Kemang dan di pusat sedang dilihat berbeza pendapat tentang calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS PR juga berhadapan dengan strategi memilih calon yg bersesuaian dgn keadaan semasa dan kehendak pengundi Bagan Pinang.

Bagi Umno Teluk Kemang tetap mahu Tan Sri Isa(klik) bekas Menteri Besar yg menjanjikan kemenangan mudah di Bagan Pinang, tetapi memberikan implikasi besar di peringkat nasional seperti yang telah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir (klik) dan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana rekod salah laku ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu.

PAS di atas kertas yang dijangka tewas sekiranya merujuk rekod pilihanraya sebelumnya, tambahan kredit lagi dgn kelebihan undi pos tentera di kawasan Dewan Undangan Negeri Sembilan ini, berhadapan dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pertimbangan politik sebelum memilih calonnya.

Negeri Sembilan dilihat para pendukung Pakatan Rakyat (PR) sebagai negeri keenam yang bakal akan ditawan mereka.

Barisan Nasional (BN) kini memerintah tanpa majoriti dua pertiga buat kali pertamanya selepas memenangi hanya 21 daripada 36 kerusi negeri pada pilihan raya umum lalu.

DAP menang 10, sementara PKR 4 dan PAS hanya mendapat 1 walaupun bertanding 13 kerusi, terbanyak antara tiga parti PR.

Maka Bagan Pinang kini menjadi medan untuk PAS PR, yg dalam semua pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan kehebatan jenteranya —cuba membuktikan bahawa parti itu adalah diantaranya yang paling layak selain PKR mengepalai PR di Negeri Sembilan dan mempunyai bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk kepimpinan negeri dan menjadi menteri besar.

DAP walaupun mendominasi pentadbiran Negeri Sembilan jika PR mengambil alih, telah faham dan tidak mungkin dapat menawarkan calon menteri besar kerana perlembagaan negeri itu juga (seperti Perak) meletakkan syarat jawatan itu hanya untuk orang Melayu dan Islam kecuali dikehendaki sebaliknya oleh Yang DiPertuan Besar.

Soalan ini pernah di tanya dan di bincangkan secara ilmiah oleh seorang pegawai yg berkhidmat dengan Tim Menteri Hassan Malek ketika terserempak di Restoren Dataran Jemapoh dipenghujung Ramadan kelmarin "Sekiranya PR berjaya menawan Negeri Sembilan"

PAS Negeri Sembilan mungkin akan mencadangkan tiga nama kepada jawatankuasa pusat — 1) pengerusi negeri Zulkefli Omar, 2) ketua PAS Teluk Kemang Ramli Ismail dan 3) bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.

1) Ramli adalah seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat di Port Dickson sehingga tahun 1990 dan pengaruhnya diharap dapat membantu kempen PAS di Bagan Pinang yang mengandungi hampir 5,000 pengundi pos yang kebanyakannya anggota tentera. Pendekatan mesra rakyat rendah diri membuatkan penduduk Bagan Pinang cukup senang dan selesa dgn beliau.

2) Kassim pula adalah penduduk asal Kampung Si Rusa di pesisir pantai Port Dickson dan berpengaruh di kampung sekitarnya kerana latar belakangnya sebagai guru agama dan pada usia 69 tahun, masih lagi aktif memberikan kuliah agama di kawasannya. Anak2 murid beliau cukup ramai dan telah siap sedia untuk membantu menggerakan jentera parti.

“Jika bercakap soal calon menteri besar dari PAS, maka Zulkefli Omar adalah orang yang boleh dipersiapkan, dia juga adalah ahli politik sepenuh masa,” kata ahli strategi PAS Dr Zulkefly Ahmad tetapi menambah soal calon menteri besar belum difikirkan oleh parti itu lagi.

3) Zulkefli, 45, adalah seorang pemegang ijazah sarjana dan telah tewas tiga kali dalam pilihan raya sebelum ini — beliau juga dikatakan mempunyai peluang paling cerah menjadi calon di Bagan Pinang.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau tewas di kerusi Lenggeng dengan majoriti 1,285.

Bagaimanapun di kalangan pemimpin PAS ada juga yang bimbang pencalonan Zulkefli akan membawa kesan buruk kepada parti itu.

“Tidak baik untuk parti sekiranya seorang pesuruhjaya negeri tewas dengan teruk dalam pilihan raya kecil,” kata seorang lagi pemimpin PAS yang bimbang dengan kewujudan pengundi pos yang tinggi —kira-kira 30 peratus daripada jumlah pemilih.

Jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat pada 29 September ini di Port Dickson untuk menetapkan nama calonnya dan pengumuman akan dibuat dalam satu ceramah pada malam itu juga.

Ziarah Aidil Fitri jentera PR Juasseh/Jemapoh di Bagan Pinang PD ini juga telah mempertemukan kami dgn beberapa AJK Strategi Umno yg kerisauan dgn polimek pemilihan calon yg berkelayakan.

1) Tan Sri Isa, 2) Mohamad Najib (anak Ts Isa) dan 3) Ketua Pemuda Faizal adalah calon pilihan ajk Umno Telok Kemang bukan lah mengambarkan kehendak ahli-ahli Umno dan penduduk Telok Kemang sebenarnya apatah lagi masing2 pernah terpalit dgn tindakan Lembaga Displin Umno Parti dlm issu Politik Wang. "Umno Bagan Pinang masih terkial-kial" katanya.

Sekiranya cubaan Ketua Umno pusat Khairy dan sahabat rapatnya Ezam Md Nor ingin berceramah di PD akan di larang, " setiap patah percakapannya akan mengurangkan undi Umno, beliau tidak popular di negeri sendiri dan hampir keseluruhan Umno bahagian tidak mencalonkan beliau sewaktu pemilihan Ketua Pemuda Umno Malaysia tempohari" amaran dari gerak gempur pemuda umno Telok Kemang.

Dalam culaan terkini, mendapati hanya 40% sahaja yg ingin bersama Umno di Bagan Pinang. Manakala kawasan kubu kuat di Seri Rusa semakin merosot dgn culaan 10%. Pengundi saluran 2 dan 3 hampir 80% memilih PAS. Umno hanya selesa bernafas dgn pemindahan serta merta 1,800 pengundi Tentera (Pos) yg telah disiasat pernah mengundi PAS pada PRU12 dahulu.

Bandar PD, Bagan Pinang dan Telok Kemang semakin di penuhi dgn poster2 dan bendera2 parti Umno(BN) walau pun siri kempen belum di istiharkan oleh SPR. Mungkin akta SPR hanya untuk di kususkan kepada PR sahaja manakala Umno(BN) kebal dari sebarang akta.

Allah mungkin akan memberi kemenangan kepada PAS (PR) sekiranya bakal calon dapat membawakan imej yg terbaik dgn tambahan kesemua jentera PR memberikan khidmat mesra rakyat dan penerangan secara berterusan terutamanya dlm siri2 kempen dgn beradab penuh etika displin. Ketepikan tabiat2 kebudak-budakan. Mulakan kerja dan tarbiah dari sekarang dgn rasa jiwa yg bertanggung jawab dan keinsafan.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, September 24, 2009

Jamuan Rakyat Eidul Fifri Di Telok Kemang





- ANWAR MULAKAN KEMPEN TAWAN BAGAN PINANG | Ceramah Di Port Dickson Jadi Pencetus Semangat Kebangkitan Rakyat

SIARAN MEDIA ALTERNATIF INI ADALAH EHSAN TV ANTARA [ www.tvantara.com ]


Wakil jentera Pakatan Rakyat Dun Juasseh/Jemapoh sempat menghadiri Jamuan Rakyat Eidul Fitri di Telok Kemang kelmarin sabtu 18hb Sep 2009. Majlis tersebut turut di hadiri DS Anwar Ibrahim bersama-sama beberapa pimpinan pusat Tin Chua, Chq Badrul Hisham, Dato Kamarul dan Adun2 daripada beberapa negeri.

Di sampingan itu juga pimpinan PR Juasseh Bro Rusli, Bro Fauzi, Ir Mizan dan ayahanda Rahman turut berbincang dgn Ketua Cabang PKR Kuala Pilah dlm menyusun tugasan sewaktu pemilihan calon dan hari mengundi Bagan Pinang nanti. Kesibukan dgn program Hari Raya pada hari tersebut, membuatkan kehadiran kami agak terlewat untuk bersama2 Ds Anwar.

Di jangka satu lagi pertemuan Hari Raya bersama2 ajk PR Juasseh untuk menggerakan jentera parti, akan di adakan pada 26hb Sept 2009 selepas Ishak di rumah Pengerusi Tn Hj Rusli di Juasseh.

Friday, September 18, 2009

Salam Lembaran Eidul Fitri & Salam Reformasi

سلام عيدالفطر المبارك

Salam Lembaran Eidul Fitri & Salam Reformasi

Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh mengucapkan selamat meraikan sambutan ‘Eidul Fitri kapada seluruh kaum Muslimin di Malaysia. Marilah kita bersama menyambut hari lebaran ini dengan penuh keceriaan dan kesederhanaan.

Kami juga mengambil kesempatan memohon kemaafan sekiranya bahan tulisan kami selama ini pernah menyinggung peribadi seseorang samada lansung atau tidak lansung.

Kejayaan amalan berpuasa dan beribadat sebaiknya di sepanjang Ramadan yang lalu, adalah merupakan satu ujian ALLAH untuk membersihkan apa jua yg bersarang kotor di di benak jiwa yg selalu berprangsangka.

Kemenangan yang amat bermakna kepada setiap seorang Muslim apabila dapat memakrifat diri kebesaran Allah.

UCAPAN HARI RAYA PEMIMPIN PR - 20/ 09/ 2009


Semoga Allah (SWT) melimpahkan rahmah dan barakahNya kepada seluruh umat Islam. ‘Eid mubarak dan maaf, zahir dan batin dari kami.

@Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh@

Thursday, September 17, 2009

Umno Bagan Pinang Mula Di Serang...!!!


Walaupun berdepan dengan peratus undi pos yang terlalu tinggi di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat (PR), PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil pendekatan menyerang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Salahuddin yakin kedudukan Pakatan Rakyat cukup mantap dan menyifatkan keupayaan pakatan berada di posisi menyerang bakal mencerminkan aspirasi rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Selain itu PRK Bagan Pinang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam proses transformasi penentuan landskap politik negara.

Salahuddin turut menegaskan PR akan membawa momentum PRK Kuala Terengganu di mana ketika itu PR juga berada di posisi menyerang berdepan dengan BN dan Bebas ke Bagan Pinang bersama hujah konkrit bagi menangkis isu dibangkit pihak lawan.

“Persefahaman dalam Pakatan serta isu bersama akan lebih meyakinkan kita untuk menghadapi pilihan raya di Bagan Pinang nanti,”

Umum menyifatkan satu sejarah tidak pernah berlaku dalam negara PRK diadakan sebanyak sembilan kali dalam tempoh lebih kurang setahun bermula di Permatang Pauh sejak Ogos tahun lalu.

Sepanjang lapan PRK dilangsungkan sebelum ini PR dua kali menghadapi kerusi yang dimenangi lawan iaitu di Kuala Terengganu dan Batang Ai. Keputusannya, di KualaTerengganu PR melalui calon PAS, Abdul Wahid Endut berjaya menundukkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dengan majoriti berganda namun Batang Ai terus dikuasai BN.

Di Bagan Pinang PR sudah pun bersetuju akan menurunkan calonnya dari parti PAS di samping BN akan menampilkan calonnya dari parti Umno.

Sementara itu Pengarah Jabatan PilihanrayaPAS (klik) , Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berpersepsi PR yang berada di posisi menyerang tidak akan terganggu oleh sebarang kesan berbanding dengan BN yang berada di posisi bertahan.

“Walaupun BN menang ia tidak akan memberi apa-apa indikator kerana ia berada di posisi bertahan. Tetapi kalau sebaliknya, landskap politik kerajaan BN akan terus tercalar,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin semangat perjuangan PR tidak pernah lemah walau terpaksa berdepan dengan apa jua keadaan demi rakyat.

Kata Guan Eng, walaupun dari segi teori kemampuan menawan Dun Bagan Pinang hanya 40 peratus tetapi usaha bagi memastikan kejayaan PR tetap diteruskan hingga ke titik terakhir. Selebihnya berserah kepada tuhan, katanya.

Manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, semasa mengulas kekuatan status partinya menjelang PRK tersebut dilaporkan tidak boleh memberi jaminan kemenangan dalam setiap pilihan raya kerana dikhuatiri hilang semangat kerjasama selain daripada membantutkan usaha menarik undi dan manakala calon bebas Shahrudin hadapi masalah isu insurans (klik).

Malam tadi Taman Sri Rusa Bagan Pinang sudah mula di serang oleh satu majlis ceramah dan tazkirah oleh ketua Umum PKR Ds Anwar, Bendahari PAS Dr Hatta dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Umno Negeri Sembilan semakin bercelaru(klik) untuk mencari calon yg paling sesuai. Untuk memenuhi kehendak Umno Bahagian Teluk Kemang yg sebulat suara mencalonkan Tan Sri Isa, membuatkan kem Dato' MB Mohammad, Khairy dan Rais Yatim bakal tergugat. Mahyuddin juga turut tercabar memandangkan TS Isa satu ketika dulu adalah Naib President yg terkanan.

Kiranya TS Isa Samad (klik) tidak di nyahkan dengan salah laku politik wang dahulu, sudah pasti hari ini beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Khairy juga sedang berhempas pulas untuk meletakan rakan dari pemuda untuk memberi sedikit nafas yg semakin sesak tekanan dari Najib.

Umno Negeri Sembilan " Menang Menjadi Arang, Kalah Menjadi Debu "

@PR Juasseh/Jemapoh@

Lawatan Ke Rumah Ibu Saudara Rosmah

[9b46361c8df193fc47ff6147b5861593.jpg]



Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin bersama 10 orang pemimpin sayap kanan parti Keadilan Negeri Sembilan dan cabang Kuala Pilah telah mengunjungi ibu saudara dan sepupu Rosmah Mansor, isteri kepada PM Najib dan hulurkan bantuan duit raya dan hadiah sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Kata Shamsul Iskandar:
"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu."-malaysiakini. Bacaan lanjut klik di sini. Keluarga tersebut tinggal di Kampung Mertang, Kuala Pilah

Mungkin Rosmah Mansor terlepas pandang atau tidak mahu guna wang PM Najib untuk bantu keluarga beliau yang daif itu.

Dalam filem Melayu Purba ada cerita 'Si Tanggang'. Si Tanggang masa kecilnya suka makan pisang salai yang dibuat ibunya. Apabila Si Tanggang bernikah dengan anak orang kaya, Si Tanggang sudah berubah cara hidup. Kepulangan Si Tanggang kekampungnya sebagai orang kaya telah menjadi anak derhaka kepada ibunya.

Tanggang sudah tidak kenal lagi ibunya yang miskin itu. Pisang salai kegemaran Tanggang yang diberikan ibunya dibuang dan menendang ibunya sendiri. Cerita ini tidak ada kena mengena samaada yang hidup mau pun yang mati.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Monday, September 14, 2009

Gempar ...!!! Raja Petra dan Pendedahannya...!!!

IIkuti perkembangan dan pendedahan terbaru RPK yang pasti membuatkan 1Malaysia dan kuncu - kuncunya tak senang duduk...kompem...!!!!!!klik kat bawah ni untuk maklumat lanjut yang selengkap - lengkapnya...MENGGEMPARKAN , SOHIH LAGI BENAR...!!!!!!

What the public was not told: The Secret Cabinet Papers

@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, September 12, 2009

Mungkinkah BN tersungkur seperti Jepun ???

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir meramalkan yang BN akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah dalaman komponen seperti MCA, MIC, UMNO dan lain-lain lagi tidak diselesaikan dengan segera.

MIC sebagai contoh, bekas presiden Umno itu berkata, masyarakat India tidak lagi menyokong MIC kerana bosan dengan kepimpinan Samy yang mahu menguasai parti itu – beliau menguasai parti ketiga terbesar dalam BN selama 29 tahun.

“Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti. Kalau dulu semuanya sokong MIC, sekarang ini, tidak ramai yang sokong MIC. Dan mereka beri alasan yang sama, iaitu mereka dah bosan dengan Samy Vellu yang hendak kuasai MIC,” jelas Dr Mahathir.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri kerja raya itu berkata, Dr Mahathir sendiri seorang pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya” sendiri.

“Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

“Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

“Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali,” kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.

MCA kini tidak berkesempatan untuk membuat postmortem kekalahan BN di Permatang Pasir dan meningkatnya undi kaum Cina kepada Pas kerana mereka sibuk dengan pertelingkahan. Masalah yang melanda Presiden dan Timbalan Presiden menyebabkan parti ini seperti kehilangan nakhoda.

Tiada siapa yang nampak Tee Keat mampu bertahan lama dalam politik. Walaupun beliau sedang berusaha keras untuk mempertahankan kedudukannya, dalam masa yang sama, mereka yang berada di bawahnya sudah membayangkan MCA akan kehilangan Tee Keat selain Soi Lek.

Betul kata pepatah Melayu, yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Tiada siapa yang untung dalam pertelingkahan ini. Malahan, sedikit sebanyak, kesan yang paling teruk terkena ialah parti MCA sendiri kerana, ketika rakyat semakin sangsi dengan perjuangan mereka, pemimpin-pemimpin mereka terpalit dengan skandal pula

Apa yang pasti Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan peluang terbuka ini untuk membuktikan kepada rakyat yang mereka lebih berupaya untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara demi kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia.




@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, September 11, 2009

Anak Mahathir Lembaga Pengarah Arak...???

AI 11 Sept - Pelantikan Mizan Hipokrasi UMNO-BN

Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Mirzan Mahathir appointed director on San Miguel Corp board

Fireworks are seen beside a giant San Miguel beer bottle. Mirzan Mahathir has just been appointed a director of San Miguel Corp. — Reuters pic

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

The Malaysian Insider

@@PR Juasseh/Jemapoh@@

Tuesday, September 8, 2009

PENING UBN TGK CARTA ANALISIS NI...PRU12 VS 8 PRK..

TOLONG BACO DAN ANALISIS DATA NI WAHAI UBN..REHAT-REHAT DI TEPIAN PANTAI BAGAN PINANG SAMBIL UPDATE BLOG..


1. Renungan buat umNO b end dalam membuat keputusan samada nak bertanding di N31 Bagan Pinang atau tidak. Kalau tak pandai matematik, biar IR terangkan..BACO BAIK2...
a) Jumlah undi yang dikumpul umNO b end dalam prk setakat ini berjumlah 89,333 undi, merosot 7,878 undi berbanding jumlah yang diraih pada PRU12 lalu. Manakala PR berjaya mengumpul 121,641 undi berbanding 122,107 undi, hanya merosot 466 undi. Maknanya, undi popular umNO b end beralih arah atau 'diam' tidak mengundi umNO b end lagi, walaupun umNO b end menggunakan 1001 macam strategi dari kes Saiful hinggalah Tok Guru di serang, 100% jentera kerajaan di 'utilised' kan namun gagal mengekang kebangkitan rakyat. IR CADANGKAN KEPADA umNO b end, TAK PAYAHLAH BERTANDING DI BAGAN PINANG, BUANG DUIT SAJA, RUGI MASA SAJA DAN HURU-HARA TELOK KEMANG NANTI.
b) 7 prk umNO b end kecundang termasuk prk Penanti lari sebelum berperang, hanya satu di Batang Ai, Sarawak di pertahankan. 7 jenis calon umNO b end pertaruhkan, dari yang memegang jawatan ADUN hinggalah 'peguam' yang penuh kontrovesi, semuanya tersungkur kepada bekas TPM hinggalah kepada seorang peniaga berwibawa. Maknanya, hebat mana calon umNO b end pun rakyat sudah muak dengan umNO b end, rakyat sudah cerdik (seperti mana kata DS Rais Yatim), sudah pandai menilai yang mana kaca dan yang mana permata. IR CADANGKAN KEPADA umNO b end, CALONKANLAH SESEORANG YANG HEBAT PERIBADINYA DAN DISUKAI RAKYAT (ada ke?). BAIK CALONKAN DS NAJIB ATAU TS MUHYIDDIN ATAU TS ISA SAMAD, MUNGKIN MAKIN TEROK KALAHNYA NANTI.
2. Buat warga pengundi di N31 Bagan Pinang, inilah masa dan ketikanya, buktikan kepada dunia, rakyat Bagan Pinang termasuk dari golongan yang cerdik dalam membuat pilihan. Mereka umNO b end akan datang kepada kamu dengan berpuak-puak, datang dengan berbagai janji, hampir dengan kamu dengan wang ringgit dan harta benda, maka kamu dengarlah janji manis mereka dan kamu ambil apa yang mereka berikan, TAPI INGAT, BILA KAMU DIBERIKAN PENSIL DAN SEKEPING KERTAS UNDI, JANGAN LUPA DAN LALAI, JANGAN TERAGAK-AGAK LAGI, UNDILAH PAS !
3. Ni janji BN..BN akan tunai janji ikut peti undi. BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi, kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka. Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," . Setahu IR peti undi yang dimenangi umNO b end hanyalah peti undi POS. Harap Datuk Jalil segeralah tunaikan janji, binalah lebuhraya didalam peti undi POS dan buatlah pembangunan didalam peti undi POS. Kalau hanya pandai berjanji, Maidin jual putu mayam pun boleh. Patutlah umNO Permatang Pauh nak kena bubar, bukan bubar lagi, KUBURKAN TERUS!
4. Belum mula pun lagi di Bagan Pinang N31, porak peranda pula di Pulau Pinang, negeri yang diterajui oleh Dato Zahid Hamidi. Tak kan sampai 2 ADUN nak letak jawatan? Sejak DZH jadi ketua, makin teruk umNO Pulau Pinang? Kalau macam inilah gayanya, baik jaga Bagan Datoh sahajalah. IR CADANGKAN, DZH KERAHKAN 2 BATALION TENTERA DARAT, 1 KAPAL SELAM (yang baru beli) DAN 2 SKYHAWK MENYERANG DAN MENANGKAP 2 ADUN YANG TERSEBUT.
BYE-BYE..JUMPO DI BP N31..DEKAT RUMAH PARENT IR NI.
IR PENING JOSEH.

Monday, September 7, 2009

Undi Pos: Pengakuan Seorang Tentera

Undi pos sering kali dikatakan tidak telus. Banyak pihak menghendaki supaya undi pos ini di hapuskan. PAS pula menyeru Suruhabjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Satu fenomena pelik mengenai kedudukan sebenar kerusi Bagan Pinang. Peliknya ialah setelah diteliti, terdapat 5,000 undi pos yang menyebabkan kemenangan Barisan Nasional di situ. Rekod menyaksikan di dalam pilihanraya umum yang lalu UMNO memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, calon BN menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi.
Kewajaran untuk undi pos dihapuskan mungkin berasas. Baca komen dipetik daripada pengunjung blog Mutaligat (Sofi Waha) yang mendedahkan penyelewengan yang berlaku tentang undi POS.
Salam Bang Sofi…Pasal undi Pos Polis Aku tak tau… Tapi Kalau undi Pos tentera aku pernah buat kerja tu. Pihak atasan tentera tidak akan memberi arahan kepada anggota bawahan utk undi Umno/BN.
Sebaliknya kami anggota 3 Div dan 10 Bgd Para(salah sorangnya aku anggota 10Bgd Para sbg petugas SPR) diarahkan menukarkan semua kertas undi yg telah dibuang oleh anggota tentera kepada undi yg dipangkah dgn calon BN (ada anggota yg ditugaskan memangkah kertas undi BN).
Bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg. kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni… kertas undi ditulis nombor tentera… undi apa tu…
Oleh itu saya yakin PR mesti mendesak SPR supaya membuat perubahan drastik terhadap undi pos ini. Antara langkah yang mesti diambil serta merta ialah membenarkan pihak pengundi pos membuang undi di tempat pengundian biasa bersama-sama dengan pengundi biasa.
UNDI POS MESTI DIHAPUSKAN!.
sumber MUTALIGAT.

Sunday, September 6, 2009

Lebih 600 Orang BN Menyertai Pakatan Rakyat






Selepas Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kedudukannya dalam 8 dari 9 pilihanraya kecil pasca pru12 lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membunyikan gendang perang menandakan bermulanya kempen menggempur Bagan Pinang.

Di hadapan ribuan yang hadir di Dewan Tow Boo Keong, Ipoh, malam semalam, Anwar menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menggiatkan kempen memenangi kawasan Umno ini.

"Ada orang kata ketuanan Melayu, saya hendak tanya Melayu mana tuan? Melayu pemimpin Umno, Melayu kaya, Melayu sombong bukan Melayu kampung, bukan Melayu miskin, bukan Melayu yang merana," katanya.

Pakatan Rakyat memenangi semua pertarungan di Semenanjung dan tewas satu di Batang Ai, Sarawak. Hanya PRK Penanti yang menyaksikan Umno-BN tidak bertanding, gagasan kerajaan alternatif ini merangkul 7-1 kemenangan berbanding BN, yang terbaru PRK Permatang Pasir pada Ogos lalu.

Kerusi Dun Bagan Pinang diisytihar kosong dengan kematian Adun Azman Mohd Noor Jumaat lalu. Dalam PRU12, Azman meraih 6430 undi menewaskan pesaing Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.

Meskipun Umno dikatakan kuat di Bagan Pinang, namun pemimpin reformasi itu berkata beliau amat yakin Pakatan Rakyat mampu merampas kemenangan dari pemerintah. Anwar menambah rakyat perlu membuktikan bahawa perubahan juga dituntut di kawasan-kawasan Umno.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa saingan yang akan dihadapi Pakatan Rakyat sukar. Selain dari 5,000 undi pos yang menanti Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, Suruhanjaya Pilihan Raya juga dibidas kerana gagal memastikan pilihan raya diadakan secara telus dan adil, halangan yang membantutkan arus perubahan.

Anwar juga mengajak Pakatan Rakyat menilai prestasi masing-masing. Beliau berkata gagasan alternatif itu perlu mengeratkan kerjasama dan menunjukkan kerja yang konsisten dengan prinsip Malaysia baru.

Kematangan, ikhtisas dan ketanggungjawaban harus ditunjukkan dan dibuktikan supaya pengundi yakin dengan pilihan mereka.

Anwar mendapat tepukan gemuruh apabila beliau sekali-lagi mengulangi pendiriannya bahawa kedudukan Melayu dan Islam akan dimartabat, sementara hak bukan-Melayu dan bukan-Islam di negara ini dipertahan.

"Kita sudah matang untuk membuat keputusan, ini Malaysia terdapat pemimpin Cina dan India. Saya seorang Melayu dan bangga menjadi Melayu, saya seorang Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak datang ke di sini untuk menyenangi kaum Cina bahawa saya bukan Melayu.

"Tidak menjadi masalah orang Melayu jadi Melayu atau orang Islam terus komited dengan pegangannya. Tetapi ini adalah negeri Melayu yang mempunyai jiwa kaum Cina, India, Iban dan Kadazan, ini negara kita. Kita boleh dengar suara yang menyatakan 1Malaysia, siapa kata 1 Malaysia? 1Malaysia untuk orang atas dan 1Malaysia untuk orang bawah," katanya.

Beliau menyeru semua untuk menolak politik provokasi yang telah menenggelamkan ruang dialog dan toleransi. Ramuan untuk keharmonian adalah keadilan dan kebijaksanaan dalam mencari penyelesaian apa-apa isu sensitif yang berbangkit.

Lebih 600 ahli dikatakan menyertai Parti Keadilan Rakyat malam itu. Bekas Ahli Parlimen Lumut Yap Yit Thong menyerahkan borang keahlian baru ke tangan Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat turut diadakan disambut dengan tepukan gemuruh dari para hadirin.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Samseng-samseng Yg Di Lindungi

Pihak Berkuasa Perlu Mengambil Tindakan.




Seksyen 23 , Shah Alam mungkin sedang berseronok sesama mereka sekarang sambil melahirkan rasa puas kerana berjaya menunjukkan 'kejantanan' kepada pemimpin kerajaan negeri Selangor semalam.

Malah pemimpin tertinggi Umno Najib dan Muhyidin Yasin langsung tidak menunjukkan rasa kesal atas kejadian yang memalukan dilakukan oleh anak buah mereka diperingkat bawahan. Najib seolah-olah merestui apa yang mereka lakukan.
Siapa yang bagi lesen untuk ugut bunuh dan rogol orang kepada samseng Umno dalam sesi perjumpaan antara penduduk seksyen 23 dan pihak kerajaan negeri Selangor? Kenapa mereka begitu berani? Kenapa pihak polis mendiamkan diri atas ugutan bunuh kepada Khalid Samad (MP Shah Alam )?
Kenapa pihak polis diamkan diri apabila samseng Umno ugut nak rogol Rodziah Ismail ?
(adun Batu Tiga).

Kenapa mereka begitu berani berkata begini:

"Rodziah pelacur"

"Rodziah saya akan rogol kamu."
"Bodoh punya MB."
" Haji Khalid Samad kau duduk, kau belum kenal aku siapa. Selepas ini kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak kau mati! Ini kawasan majoriti Melayu."
Surat Khalid Abd Samad Kepada Penduduk Seksyen 23

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas. Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)” Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.
وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى


YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam
Di copy daripada tvantara.com

@PR Juasseh/Jemapoh@
Saya Bangga Bersama PR


Ramai orang sibuk bercakap tentang prestasi Datuk Seri Najib sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya. Ada yang memuji Najib dan memberi amaran kepada saya bahawa UMNO akan bangkit semua dengan gagahnya di bawah kepimpinan beliau. Setakat ini saya lebih suka untuk tunggu dan lihat; bak kata pepatah Inggeris “new broom sweeps well” yang bermaksud yang baru selalunya indah. Tetapi saya sedikit pun tidak rasa bimbang mengenai “kebangkitan” UMNO ini.

Setelah 40 hari saya menjadi ahli Parti Keadilaan Rakyat, saya merasa begitu bangga dan yakin tentang perjuangan parti ini. Saya telah mula bertemu dengan pemimpin dan ahli Keadilan di semua peringkat. Saya diterima dengan penuh hormat dan dijemput ke sana sini untuk berucap. Saya terharu dengan respons mereka.

Jelas komitmen dan kesungguhan mereka yang memberangsangkan. Mereka rajin dan penuh inisiatif dan mempunyai semangat yakin diri yang tinggi. Mereka percaya bahawa Keadilan adalah wadah politik yang sesuai untuk memperjuangkan dasar yang baik untuk negara; demi kebaikan semua rakyat, dalam semua bidang. Parti Keadilan bukanlah parti untuk menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaungkan oleh propagandis UMNO. Maklumlah parti mereka hanya untuk kepentingan pemimpin besar sahaja.

Pengalaman yang sama menarik kepada saya ialah menyedari bagaimana kuatnya hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kekuatan ini timbul dari keinginan ahli-ahli Keadilan, PAS dan DAP yang mahu melihat Pakatan menjadi kerajaan; sebagai parti alternatif kepada BN. Hasrat mereka sama seperti dengan lebih 4 juta pengundi dalam tahun 2008 yang mahu memilih kerajaan baru di Putrajaya yang benar-benar adil, tidak gila kuasa dan tidak rasuah atau menyeleweng.

Walaupun akhbar UMNO telah berjaya membesar-besarkan masalah kecil dalam Pakatan, hakikatnya ialah apa pun masalah kecil itu, pemimpin dan ahli Pakatan berjaya bersatu untuk mengatasi permasalahan tersebut. Resilience atau pun tahan lasak Pakatan ini membuktikan ia akan terus bersatu dan berjaya bila saja pilihan raya diadakan.

Saya sedar ramai pengkritik Pakatan menuduh Pakatan tidak ada dasar yang konkrit dan tidak ada dasar bersama. Kononnya kerana ideologi berbeza, Pakatan tidak mungkin dapat bersatu seperti BN, kata mereka. Golongan skeptik atau penimbul keraguan ini, termasuk sesetengah profesor dan akademik, sebenarnya sedar tentang kekuatan Pakatan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Mereka tahu parti-parti dalam Pakatan serta pemimpin-pemimpinnya telah lama berkecimpung dalam politik. Para pemimpin dan ahli Pakatan telah merasai penat-lelah sebagai pembangkang. Mereka telah terbukti dapat bertahan dengan segala tekanan dari kerajaan diktator BN. Mereka telah diuji dan diuji berkali-kali. Mereka tekah masok penjara, masok tahanan ISA dan penyokong mereka berani dan kental.

Sebab itulah strategi utama BN ialah untuk memecahbelahkan Pakatan kerana takut untuk berdepan dan bertarung satu lawan satu. Maka berlakulah pertuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim, merampas kuasa kerajaan negeri di Perak, dan sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan di Selangor, sehingga berlaku kematian Teoh Beng Hock.

Sebelum itu pula UMNO sibuk memecahbelahkan PAS sehingga hampir berjaya dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan. Sehingga sekarang UMNO memainkan jarum perkauman untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang semakin ramai menyokong Pakatan kerana sudah jijik dengan politik kotor UMNO. Memang, UMNO dan BN sebenarnya takut kepada Pakatan.

Memanglah Pakatan ada kelemahannya dan banyak lagi perkara mesti diwujudkan untuk memperkukuhkannya. Ingatlah, Pakatan baru 18 bulan umor nya, dan perkongsian baru mesti lah ada tersilap dan tidak mudah dijalinkan. Tetapi saya yakin apa yang perlu dilaksanakan, akan dilaksanakan. Dasar yang perlu diumumkan kepada orang ramai akan digubal. Tekad dan kesungguhan pucuk pimpinan Keadilan, PAS dan DAP tidak perlu diragui. Keikhlasan dan kebolehan mereka serta penyokong mereka tinggi.

Sekarang ini pun Pakatan sedang bersusaha ke arah mendaftarkan diri sebagai satu badan politik untuk mewujudkan perkongsian perjuangan parti-parti politik secara rasmi. Saya dari sekretariat Pakatan akan berusaha untok menrealisasikan hasrat ini. Rakyat akan diberi pilihan sebenar dalam pilihan raya akan datang; satu lawan satu.

Semua ahli parti gabungan Pakatan sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat atas nama Pakatan. Malah, dalam tindak-tanduk seharian kita; kita seolah-olah sudah pun menjadi ahli Pakatan dan bukan sekadar ahli Keadilan, PAS atau PAS. Dan inilah yang rakyat mahukan. Dan inilah yang amat digeruni oleh Najib, UMNO dan BN.
-ZAHID IBRAHIM-

@PR JUASSEH/JEMAPOH@

Saturday, September 5, 2009

Awasi Serang Hendap Umno BN....

Pakatan Rakyat pada hari di nasihatkan jgn begitu asyik dan leka dengan kemenangan demi kemenangan yang mereka perolehi dalam setiap pilihanaraya kecil. Namun jika Pakatan Rakyat terus leka dan asyik dengan kemenangan demi kemenangan ini tidak mustahil mereka boleh menerima musibah yang lebih besar dari apa yang berlaku kepada Umno/Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya kecil. Umno dijangka guna perkauman di Bagan Pinang (klik) termasuk penggunaan jentera kerajaaan, dgn berbagai-bagai provokasi untuk memintas minda rakyat.

Adakah kita sedar bahawa serangan untuk merampas negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat lebih hebat dan ganas dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional pada setiap kali pilihanraya kecil bermula.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sedang rancak berjalan, Umno/Barisan Nasional telah menggerakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) a.k.a Parti Komponen BN, untuk memerangkap dua Adun PKR dari Perak yang bermasalah. Tindakan ini adalah salah satu usaha mereka untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat. Usaha ini semestinya telah dirancang sebelum PRK Permatang Pauh lagi dan tindakan paling sesuai dilakukan adalah sewaktu kempen PKR Permatang Pauh sedang rancak berjalan.

Mengapa Umno/Barisan Nasional dilihat cuba melakukan serangan hendap sewaktu kempen pilihanraya kecil ini sedang berjalan? Salah satu faktor yang kita boleh nampak jelas ialah untuk memberi kredit kepada proses kempen Umno dalam pilihanaraya kecil tersebut. Keduanya yang ramai diantara kita tidak sedar, ialah kerana pada waktu ini ramai jentera serta pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat sedang lalai dan leka dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Misalnya sewaktu Pilihanaraya Kecil Permatang Pauh, boleh dikatakan seluruh jentera serta pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh Malaysia menumpukan perhatian mereka kepada pilihanraya kecil tersebut hingga mereka terlupa yang tindakan mereka itu boleh memakan diri. Maka situasi ini memberi ruang yang cukup selesa untuk Umno/Barisan Nasional melakukan serangan hendap. Maka diperangkap dua Adun PKR dari Perak yang bermasalah ini. Rentetan dari peristiwa itu membawa kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak.

Peristiwa kejatuhan ini ketika kami menganjurkan "Malam Air Mata Derita Palestine" di Padang daerah Kuala Pilah, kami telah menerima panggilan dari salah seorang sahabat yg mengatakan 2 Adun Perak kini berada di rumah Najib, sementara itu Yb Nasarudin yg baru menyertai PKR turut akan kembali semula ke pangkuan Umno. Berita ini kami sampaikan kepada Ketua dan beberapa AJK Cabang KP. Sayangnya....berita ini dipandang sepi dan menganggap itu adalah salah satu perang saraf dari Umno. Harapan kami ketika itu agar Ketua Cabang bersama-sama Ajk cuba mendapatkan kesahihan berita dari PR pusat dan di buat tindakan pantas sesi penerangan secepat mungkin ke akar umbi. Kerisaun kami juga, akar umbi mula tergamam dan hampir hilang kepercayaan kepada YB2 PKR ini dan setelah menunggu agak begitu lama untuk mengetahui secara terperinci peristiwa hitam ini tanpa ada usaha penerangan. Sebab itu dlm istilah perang, ada jentera yg di hantar bertarung, ada jentera yg menjaga kem, ada jentera yg jaga perubatan dan ada jentera yg bermacam-macam tugasan. Semuanya dlm bersiap sedia, jgn mudah terleka.

Selepas PRK Permatang Pauh, berlaku pula PRK Kuala Terengganu yang berlangsung pada 17 Jan 2009 iaitu kurang sebulan sebelum Pakatan Rakyat di Perak tumbang iaitu pada 4 Feb 2009. Namun Umno/Barisan Nasional pada waktu itu sedang menumpukan perhatian penuh dalam proses untuk mendapatkan Perak. Ramai pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat masih belum terhidukan gerakan yang sedang rancak dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional pada waktu itu kerana perhatian mereka tertumpu ke Kuala Terangganu. Natijahnya tidak sampai sebulan selepas itu Pakatan Rakyat di Perak tumbang.

Selepas kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak berlaku 3 pilihanraya kecil serentak iaitu PRK Bukit Gantang, PRK Bukit Selambau dan PKR Batang Ai. Umno/Barisan Nasional pada waktu itu dilihat mahu meredakan kemarahan rakyat khususnya rakyat di Perak dan gerakan merampas negeri Pakatan Rakyat seterusnya terpaksa diperlahankan.

Namun tidak berapa lama selepas itu, mereka cuba mengatur serangan untuk merampas Pulau Pinang. Kali ini dengan memerangkap bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Fairuz, yang merupakan Adun Penanti. Namun ianya cepat dihidu oleh Anwar Ibrahim dan mengarahkan Fairuz meletak jawatan dan diadakan pilihanraya kecil DUN Penanti. Tersentak dengan perletakan jawatan Fairuz, niat Umno untuk menganggu Pulau Pinang terus terbantut dan boleh dikatakan selepas itu Pulau Pinang adalah antara negeri yang paling sukar untuk Umno melakukan rampasan kuasa.

Sasaran mereka seterusnya adalah Kedah. Usaha terancang untuk merampas Kedah boleh dikatakan berlaku serentak dengan Perak. Namun tumpuan Umno/Barisan Nasional lebih kepada Perak kerana majoriti Pakatan Rakyat di Perak pada waktu itu agak tipis. Usaha untuk merampas Kedah pada waktu itu terpaksa diperlahankan dan serangan ganas tidak boleh dilakukan secara terang – terangan kerana pada waktu mula timbul tentang isu kerajaan perpaduan.

Umno khususnya agak terpesona dengan idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi Awang. Pas adalah Parti dari Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah. Umno melihat ada tanda-tanda PAS akan bekerja sama dengan mereka melalui kerajaan perpaduan maka mereka tidak boleh menggunakan cara seperti mana mereka merampas Perak kerana bimbang PAS akan membatalkan niat kerajaan perpaduan tersebut. Namun usaha untuk menarik keluar adun-adun Pakatan Rakyat di Kedah khususnya dari PKR terus berjalan secara sulit.

Akhirnya kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan, Umno menanggung malu dengan umpanan kerajaan perpaduan yang dicanang Pas. Tidak berapa lama selepas itu berlaku pula pilihanraya raya kecil Manek Urai dan ramai tidak menyedari proses menjatuhkan Pakatan Rakyat di Kedah rancak berjalan sewaktu proses kempen PRK Manek Urai. Di mana Najib sewaktu kempen PRK Manek Urai?

Ramai yang mengatakan Najib takut untuk turun ke Manek Urai kerana bimbang disambut dengan laungan Altantuya. Tetapi Najib pada waktu itu telah turun ke Kedah bagi mengatur strategi untuk merampas Kedah. Usaha tersebut terus berjalan dan telah ada beberapa adun dari PKR telah dikatakan bersedia untuk melompat parti.

Sedang usaha ini rancak berjalan, berlaku pula Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Najin juga tidak muncul di Permatang Pasir, hanya Muhsyiddin Yassin berseorangan tempang bersilat di Permatang Pasir. Umno merancang untuk menjatuhkan Kedah sewaktu kempen PRK Permatang Pasir sedang rancak berjalan.

Najib sudah berani menjamin yang beberapa adun pakatan rakyat Kedah sudah bersedia untuk melompat parti, namum hingga tinggal lagi 2 hari sebelum proses pengundian PRK Permatang Pasir berlangsung adun-adun tadi seakan dilihat tidak berminat untuk melompat parti dan adun lunas melakukan tindakan Kamikaze dengan membuat keputusan meninggal PKR secara perseorangan. Umno mengharapkan akan ada adun lain dari Kedah akan menyusul namum ianya tidak berlaku.

Tindakan pantas pemimpin pakatan rakyat menyebabkan Kedah terselamat seketika, sedangkan Kedah sebenarnya pada waktu itu sedang berada dalam keadaan cukup genting sekali.

Kini akan berlangsung pula PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Jika Pakatan Rakyat terus lalai dan leka dengan mengejar kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti mungkin serangan hendap oleh Umno/Barisan Nasional akan dilakukan. Jangan nanti kita menang satu kawasan Dewan Undangan Negeri tetapi kita terlepas satu negeri.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Isa Samad Akan Bangkit.......!!!!!

Pilihanraya Kecil ke-9 akan diadakan di Bagan Pinang, Port Dickson, berikutan meninggalnya ADUN mukim tersebut, YB Azman Mat Nor. Bagan Pinang merupakan kubu UMNO dengan undi pos 5.000 (klik) lebih. Atas kertas kerusi Umno BN terlalu sukar di tembusi. Tetapi kuasa Allah siapa yg tahu. Terutama kini UMNO BN terlalu banyak melakukan kesilapan dgn pengunaan kuasa yg terlampau-lampau, sombong dan rakus.Sebelum ini, PRK-PRK diadakan di kawasan-kawasan yang kalaupun dahulunya kubu, akibat perjalanan masa, sejarah dan pola kepedudukan, telahpun bertukar menjadi lubuk Pakatan, seperti Parlimen Gopeng serta kerusi-kerusi wakil rakyat sekitar Permatang Pauh.

Soalnya, adakah UMNO dan BN mampu memilih calon sesuai untuk bertanding di DUN tersebut? Pilihan calonlah amnya kelemahan terbesar UMNO sejak PRU-12 lagi. Di 3 dari 8 PRK sebelum ini, faktor kelemahan calonlah menjadi punca kekalahan, terutama sekali di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Pada satu-satunya PRK di mana UMNO hampir menang, calon dipilih tepat, malangnya terkena tempias kebencian terhadap Ketuanya yang merupakan ikon korupsi.

Di Bagan Pinang, sudah ada 2 calon, anak-beranak(!) yang sedia sesuai untuk diketengahkan. Kedua-duanya mempunyai ketokohan, kebolehan dan latar-belakang menarik lagi tidak memalukan. Yang bapa mempunyai sejarah curahan jasa kepada masyarakat setempat. Yang anak pula profesional berjaya, petah berbicara baik lantang di pentas mahupun berbisik seberang meja dan sudah mula membela sebagai Naib Ketua Pemuda.

Tan Sri Isa Samad, sang bapa, kini pasti dibibir para pemimpin UMNO sebagai calon paling tepat, memandangkan beliau bukan sahaja sekadar Ketua Bahagian Teluk Kemang di mana terletaknya Bagan Pinang, malah pernah menjadi MB Negeri Sembilan seketika dahulu. Sang anak, Mohd Najib bin TS Isa, juga bukan calang-calang orangnya, lucu, peramah dan tak kurang ketokohan sehingga berdiri sebagai calon ulung Pemuda UMNO Negeri Sembilan ke pemilihan exco Pemuda.

Tan Sri Isa Samad di majlis kepimpinan bersama Datuk Puad Zakarshi, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ayah (Tan Sri Sanusi Junid - di luar gambar) menjelang pemilihan UMNO 2008

Menarik sekali, kedua-dua anak-bapa ini juga pernah menjadi mangsa percaturan politik seorang ikon politik durjana yang terkemuka dari Rembau. Punyalah bimbang si durjana tersebut akan 'persaingan' dari sang bapa untuk menjadi Perdana Menteri, sehinggakan TS Isa dimalukan oleh Lembaga Disiplin UMNO kongkongan rejim Pak Lah dan digantung keahliannya. Si anak pula dimatikan harapan menangnya pada pemilihan Pemuda UMNO baru-baru ini.

Akan tetapi, sejarah kemelut UMNO ini tidak menjejaskan, malah meningkatkan lagi daya tarik calon-calon berdua kepada pengundi. Bukan sahaja anak tempatan yang disegani, tetapi jauh dari berkait dengan anasir-anasir negatif dalam UMNO, mereka malah dimusuhi dan pernah dimangsai ikon-ikon korupsi yang dibenci rakyat tersebut! Kalaupun ada calon lain yang leih baik dari dua ini untuk UMNO, diharap diketengahkan, tetapi tak mungkin ada yang jelas musuh ikon korupsi!

Soalnya sekarang, sang bapa atau anakkah akan dipilih untuk tampil ke hadapan? Lazimnya dalam UMNO, selagi sang bapa berumur politik, sang anak puas berlegar di tepi pentas, bersedia tetapi tak gopoh untuk ke arena kuasa. Oleh itu, kemungkinan besar TS Isalah bakal dipilih di antara mereka berdua. Namun, memandangkan TS Isa sudah ke peringkat Parlimen sekaligus memegang kedudukan Naib Presiden UMNO sebelum ini, mahukah beliau kembali ke Negeri?

Dalam senario beginilah, mungkin pintu akan dibuka untuk sang anak, Mohamad Najib, menampilkan diri sebagai calon. Umur politik sang bapa mungkin masih ada, tetapi di tahap yang berbeza. Penampilan Najib juga akan memberi kesempatan untuk UMNO menunjukkan bahawa ia juga dipelopori pemuda yang berwibawa, profesional, berkebolehan dan walaupun anak pemimpin, tidak gemuk rasuah serta hidup-mati di riba kuasa orang tuanya semata-mata.

Sewaktu Tan Sri Samad menziarahi arwah Yb Azman, turut hadir

MB Mohammad Hassan (Klik)
dan beberapa exco termasuk YB Samad Ibrahim. Riak muka antara Isa dan Mohammad agak dlm gelisahan, maklum mereka berdua dlm kem yg berbeza. Isa dilihat adalah dari barisan mantan PM Mahathir dan Najib, manakala Mohammad dari barisan mantan PM Pak Lah dan Khairy. Kita tengok sape yg kene.

Kita berentap(klik) kembali di Bagan Pinang...& Kami mengalu-alukan Selamat datang ke Negeri Sembilan.....insya'Allah...

@PR Juasseh/Jemapoh@