Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, August 31, 2010

Fitnah terbaru - Angkara Umno-Cetus sentimen Agama ???

'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng (Malaysiakini)

Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama (harakahDaily)

Kemerdekaan-Pengertian & Pengisian

Adalah menjadi kebiasaan menjelang tarikh 31hb Ogos setiap tahun, maka diulang-ulang naratif sejarah menuntut kemerdekaan dari penjajah. Naratif itu pula tidak pernah berubah apatah lagi dicabar. Melalui media yang dikongkong, “sejarah” ini adalah versi muktamad, tiada yang benar melainkan yang terpampang dan disogok itu. Walaupun begitu siapakah mampu menahan Kebenaran?

Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot. Hilang sudah senjata untuk berhujah, mereka memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata. Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan?

Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh Rakyat Malaysia. Ianya menyedarkan kita akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung. Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan. Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan.

Menjelang 53 tahun kita mencapai Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama beriltizam untuk:

-Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

-Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

-Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

-Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

-Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Moga usaha kita semua untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati hendaknya.

Dirgahayu Malaysia tanahairku.

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.

Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.

"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.

Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya menyeru:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN

Tuesday, August 24, 2010

Sistem Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Lebih Menguntungkan Rakyat



Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof bercadang untuk memohon kepada pihak kerajaan bagi menambah peruntukan daripada RM1 kepada RM3 seorang bagi pendaftaran pemilih baru. Peruntukan ini adalah sebagai upah kepada penolong pendaftar pilihanraya yang dilantik daripada kalangan anggota parti politik, NGO, pemimpin masyarakat dan lain-lain lagi untuk mencari pemilih baru. Terdapat lebih 4.38 juta atau 28.3 peratus daripada kira-kira 15.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih. Bilangan ini akan bertambah secara puratanya hampir 500,000 orang setiap tahun. Sebelum ini SPR membelanjakan RM200,000 setiap tahun untuk membiayai pendaftaran pemilih baru ini.

Peruntukan yang akan dipohon ini adalah tiga kali ganda daripada peruntukan sebelum ini. Jika diluluskan oleh pihak kerajaan maka peruntukan meningkat kepada RM600,000 setahun. Dalam tempoh 4 tahun akan menjadi RM2.4 juta . Pendaftaran pemilih baru ini memerlukan promosi dan pemantauan daripada pihak SPR. Petugasnya perlu menjaga kaunter-kaunter daftar pemilih di tempat orang ramai seperti di pasar raya, program-program kemasyarakatan dan seumpamanya. Taklimat, mesyuarat, pengendalian kaunter daftar pemilih, pengesahan daftar pemilih dan pelbagai lagi aktiviti perlu dilaksanakan oleh SPR. Semua ini melibatkan kos tambahan kepada SPR. Jika SPR di peringkat negeri-negari termasuk Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM20 ribu setahun untuk tujuan ini maka dalam tempoh 4 tahun, wang rakyat yang akan dibelanjakan adalah sebanyak RM1.12 juta. Jika dijumlahkan, perbelanjaan yang diperlukan keseluruhannya akan mencecah RM3.52 juta. Kos yang tinggi ini dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan bersetuju untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik. Pelaksanaan secara automatik merupakan kaedah yang lebih efisyen dan efektif dalam proses pendaftaran pemilih baru selain dapat menjimatkan penggunaan duit rakyat dan tenaga kerja.

Antara contoh negara-negara yang mengamalkan pendaftaran pemilih secara automatik adalah Indonesia dan Autralia. Rakyat tidak perlu beratur panjang dan penolong pendaftar pilihanraya tidak perlu dilantik. Pihak SPR hanya perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan senarai warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun. Kemudian data ini akan diproses menjadi senarai daftar pemilih baru. Tugas ini sangat mudah dan dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaubagaimana pun Perkara 119(c) Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa warganegara yang layak mengundi perlu mendaftar. Berikutan pindaan ini maka akan berlakulah beberapa pindaan terhadap Akta Pilihanraya 1958(Akta 19). Pindaan ini boleh dibuat oleh pihak kerajaan di Parlimen. Ahli Parlimen Batu Pahat YB Dr. Mohd Puad Zarkashi telah menyatakan bahawa peruntukan yang dipohon oleh SPR adalah membazir dan beliau sendiri mencadangkan dilakukan pendaftaran secara automatik. Maka terpulanglah kepada pihak kerajaan sama ada mahu membuat pindaan terhadap perlembagaan negara atau mahu membiarkan pembaziran tenaga dan wang rakyat bagi mendaftarkan pemilih baru. Tepuk dada tanyalah kehendak kerajaan.

Selepas pindaan dibuat terdapat satu lagi proses yang perlu dilakukan oleh SPR iaitu persempadanan semula kawasan pilihanraya. Ini perlu kerana dikhuatiri terdapat Parlimen tertentu yang terlalu ramai pengundinya, mungkin sehingga melebihi 100 ribu orang pengundi. Maka wajarlah dibuat persempadanan semula. SPR perlu menyediakan garis panduan yang adil dalam menentukan persempadanan semula kawasan pilihanraya. Persempadanan selepas pilihanraya 1999 adalah satu contoh di mana ketidakwajaran telah berlaku apabila tiada garis panduan yang jelas digunakan, sebaliknya lebih cenderung kepada formula yang menguntungkan pihak parti pemerintah. Kawasan yang dimenangi pembangkang dipecah-pecahkan manakala kawasan pengundi tegar Barisan Nasional(BN) dimasukkan ke dalam kawasan yang dimenangi pembangkang dengan tipis. Di negeri Johor yang menjadi kubu kuat BN terdapat 6 kerusi Parlimen tambahan. Malangnya di negeri-negeri bawah pemerintahan kerajaan Barisan Altenatif(BA) iaitu Kelantan dan Terengganu tiada langsung tambahan kerusi Parlimen. Seolah-olahnya SPR mendapatkan cadangan daripada BN terlebih dahulu bagi membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya. Jika SPR mahu dihormati oleh rakyat, janganlah menjadikan dirinya ibarat parti komponen Barisan Nasional. Janganlah ulangi kesilapan persempadanan semula sebelum ini.

Pengerusi SPR telah menyatakan bahawa punca SPR tidak boleh melakukan pendaftaran pemilih secara automatik adalah kerana tiga perkara. Pertamanya kebanyakan pengundi tidak tinggal di alamat seperti dalam kad pengenalan. Ini boleh mendatangkan masalah semasa hari mengundi. Keduanya, kerajaan tidak boleh memaksa pengundi kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Ketiganya peratus pengundian akan merosot lebih daripada 50% jika sistem baru dilaksanakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga memberi alasan yang sama terhadap cadangan Jawatankuasa Bersih 2 yang telah menyerahkan memorandum kepada SPR baru-baru ini.

Alasan bahawa kebanyakan pengundi tidak tinggal seperti alamat dalam kad pengenalan boleh di atasi dengan memberi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengemaskini alamat terkini bagi memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab semasa hari mengundi. Setelah peringatan ini dibuat dalam tempoh yang munasabah barulah sistem baru ini dilaksanakan. Ini juga memberi kebaikan kepada semua agensi kerajaan untuk berurusan dengan rakyat selepas ini kerana mereka tinggal seperti alamat di kad pengenalan mereka. Sebarang urusan kerajaan selepas ini akan menjadi lebih mudah. Inilah merupakan tugas dua dalam satu. Jika ada pengundi yang masih tidak menukar alamat mereka maka bukanlah menjadi alasan yang besar bagi mereka tidak mengundi semasa pilihanraya diadakan. Masa perjalanan antara satu tempat dengan tempat yang lain sudah semakin singkat. Banyak perubahan infrastruktur yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan rakyat bergerak. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur hanya memakan masa 3 jam sahaja bukannya 8 jam seperti 20 tahun dahulu. Oleh itu alasan sukar untuk balik mengundi kerana jaraknya yang jauh ini sudah tidak boleh diterima lagi pada masa kini. Jika ada juga alasan ini, bukanlah kerana jarak yang menjadi masalah tetapi kesedaran diri terhadap tanggungjawab kepada negara itu yang harus dipersoalkan. Itu memerlukan kempen kesedaran lain untuk mengatasinya.

Alasan kedua di mana pihak kerajaan menyatakan bahawa sistem baru ini melanggar hak asasi manusia adalah suatu alasan yang dangkal. Kerajaan bukannya memaksa rakyat mengundi. Hak untuk mengundi atau tidak masih diberikan kepada rakyat. Kita bukan mahu mengubah akta memaksa rakyat mengundi. Kita sedang membicarakan pendaftaran pengundi secara automatik. Mereka yang cukup umur secara automatik layak mengundi tidak melibatkan pemaksaan ke atas pengundi. Sama juga dengan kaedahnya jika ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia maka secara automatik anaknya adalah warganegara. Peraturan tersebut ada dalam perlembagaan negara dan tidak melanggar hak asasi manusia.

Alasan ketiga iaitu pendaftaran secara automatik akan mengurangkan peratus keluar mengundi. Tidak dinafikan bahawa apabila pemilih didaftar secara automatik maka peratus mengundi akan merosot kerana kesedaran rakyat terhadap pengundian masih terlalu rendah. Persoalannya apakah SPR perlu berbangga dengan jumlah keluar mengundi 80% jika terdapat 4.3 juta rakyat layak mengundi tetapi tidak mengundi? SPR perlu lebih memahami yang penting adalah ramainya rakyat Malaysia yang mengundi bukannya berbangga dengan peratus pengundian yang tinggi sedangkan hakikatnya masih ramai rakyat tidak mengundi. Peratusan pengundian hanyalah angka sahaja. Belum tentu menggambarkan kesedaran rakyat terhadap hak dan kepentingan mengundi. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya dikelirukan seperti mana kekeliruan yang ditimbulkan daripada laporan keadaan ekonomi negara. Angka-angka yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan berkaitan perkembangan ekonomi negara selalunya membanggakan namun hakikatnya rakyat masih juga hidup merana. Jika SPR memahami bahawa peratus keluar mengundi akan merosot maka seharusnya menjadi cabaran kepada SPR untuk membuat kempen kesedaran berkenaan tanggungjawab mengundi di kalangan rakyat. Peruntukan yang dipohon oleh SPR untuk tujuan pendaftaran pemilih sekarang lebih munasabah disalurkan kepada program sebegini.

Masalah utama kepada cadangan pendaftaran pemilih secara automatik bukannya terletak kepada SPR tetapi lebih kepada kehendak pihak kerajaan sendiri. Sistem baru ini sedikit sebanyak menyusahkan parti-parti politik khususnya parti pemerintah. Mengikut pemerhatian, pengundi-pengundi baru di kalangan anak muda yang terdedah kepada pelbagai sumber maklumat khususnya melalui media baru adalah mereka yang sangat kritikal terhadap setiap dasar dan tindakan pihak kerajaan. Jika mereka diberi peluang mengundi maka besar kemungkinan mereka tidak mengundi parti pemerintah berdasarkan prestasi kerajaan yang sedia ada. Inilah yang sangat menakutkan UMNO BN yang banyak bergantung kepada pengundi veteran yang setia namun semakin kurang bilangannya.

Peruntukan sebanyak RM3 bagi seorang pemilih baru sebenarnya menghina rakyat itu sendiri. Bagaimana lemahnya tanggungjawab sivik rakyat negara ini sehingga perlukan RM3 untuk meminta mereka mendaftar mengundi. Mengundi adalah tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Rakyat yang bertanggungjawab dan berkualiti menjadi faktor utama kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara. Tidak mengambil berat terhadap proses pengundian melambangkan ketidaksetiaan rakyat kepada negara ini. Persoalannya apakah kesetiaan kepada negara ini boleh selesai dengan harga RM3? Negara kita sudah dimalukan dengan kejatuhan 81% FDI, kehilangan enjin jet pejuang dan kebolosan pendatang Afganistan daripada tahanan, janganlah SPR menambah malu kepada negara. Jika slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ itu dilaksanakan sepenuhnya maka tidak ada sebab sistem baru ini tidak diluluskan. Sistem baru ini lebih sistematik, jimat, mudah dan kurang manipulasi. Tetapi kalau slogan itu hanya retorik sahaja maka SPR akan terus membazirkan duit rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah.

Bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Pindah Wang Haram ??

1 tahir dan mohd zain_250_220 Oleh Rahmah Ghazali

KAPAR: Beliau ditawarkan sebanyak RM300,000 untuk menutup mulut dalam skandal pemindahan wang secara haram melibatkan bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Mohamed tetapi apabila janji itu tidak ditunaikan maka beliau bertindak membuka rahsia.

Menurutnya, Mohd Zin yang dilantik ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi didakwa terlibat dengan aktiviti memindah wang haram daripada seorang agen jualan am di Bangladesh bernilai RM25 juta.

Mohamad Tahir Fazal Mohd, yang juga rakan kongsi bekas menteri itu memberitahu para pemberita di sini bahawa beliau telah membuat laporan terhadap bekas menteri itu dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) pada 2004.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal bertindak ke atas laporan itu kerana Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri Abdullah, yang lebih mesra dipanggil Pak Lah itu.

"Pegawai-pegawai BPR berkata mereka perlu mendapat kebenaran daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan ke atas kes ini. Bekas menteri itu kemudian digugurkan dari kabinet sebaik sahaja (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) mengambil alih pentadbiran," terang beliau.

Walaupun terpaksa menunggu selama enam tahun untuk mendedahkan perkara ini, Tahir berkata sekarang ini adalah masa yang sesuai kerana beliau mendapat semua bukti dan kini bersedia untuk diserahkan kepada SPRM.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, bekas menteri itu buat pertama kali terlibat dalam pemindahan wang haram dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Silkways Cargo Services Limited dan wakil Malaysia Airlines System (MAS) untuk tiket penerbangan dan kargo di Bangladesh.

Dan beliau tidak berhak ke atas wang tersebut, kata Tahir, kerana beliau tidak pernah didaftar sebagai pengerusi dan pemegang saham syarikat itu, sepertimana yang dikehendaki di bawah Pendaftar Syarikat-Syarikat Usahasama Saham Bangladesh.

Tahir berkata, hubungan bekas menteri itu dengan syarikat hanya berdasarkan persetujuan rahsia yang ditandatangani pada 18 September 2000 di Kuala Lumpur dan tidak pernah diiktiraf oleh Bank Pusat Bangladesh yang membolehkan beliau menerima keuntungan secara sah.

"Beliau juga tidak mendaftar namanya dalam Lembaga Pelaburan Bangladesh, satu keperluan untuk rakyat asing yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat," katanya. Pengarah Urusan ditahan, pengerusi bebas ?

Tahir seterusnya mendedahkan bahawa Pengarah Urusan Silkways Cargo di Bangladesh, SK Farid Ahmed Manik, yang didakwa memindahkan wang kepada bekas menteri, pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh pada 2007.

Beliau juga memberi akuan bersumpah kepada pihak berkuasa dan media pada tahun yang sama mengenai hubungannya dengan bekas menteri itu dan bagaimana beliau memindahkan wang secara haram kepadanya," katanya.

Tahir turut menuduh bekas menteri itu "menipu" MAS dengan menyediakan Jaminan Peribadi Pengarah-Pengarah pada 2001 walaupun "beliau tahu beliau bukan pengarah berdaftar syarikat itu.

"Dan bagaimana MAS tidak tahu tentang perkara ini?," soal beliau, menambah bahawa "orang-orang" bekas menteri itu cuba "menyogok"nya supaya menutup mulut.

"Apabila beliau (bekas menteri) bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi Umno pada 2005, saya mengugut untuk mengedarkan semua bukti kepada para perwakilan.

"Saya ditawarkan wang ringgit supaya berdiam diri tapi saya tidak dibayar walau satu sen. Saya bersedia untuk disaman dan saya mempunyai kesemua bukti untuk melibatkan beliau dalam kes ini," katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mengiringi Tahir dalam satu sidang media hari ini, juga mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera tentang perkara ini.

"Tapi kami bukan hendak menjatuhkan sesiapa kerana beliau adalah seorang ahli parlimen tapi kami mahu penyiasatan tentang kes ini kerana terdapat kes untuk mendakwa beliau," katanya.

Ahli Parlimen itu berkata mereka akan memberi semua bukti dokumen kepada SPRM hari Khamis ini.

Percubaan untuk menghubungi bekas menteri itu untuk mendapatkan komen gagal kerana panggilan telefon tidak dijawab. Sebelum ini, beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan.

Sunday, August 22, 2010

Pakatan Rakyat Mendahului BN 47.02 Peratus Dalam E-PRU13


Pilihan Raya Umum ke-13 masih diawang-awangan dan menjadi teka-teki penganalis politik negara tetapi di dalam dunia maya pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia sudah pun bermula dengan rancaknya.

Hasilnya Pakatan Rakyat mendahului BN dengan peratusan undi sebanyak 47.02 peratus.

Inisiatif peminat laman web sosial Facebook telah mewujudkan akaun E-Pilihan Raya Umum 13 Facebook Malaysia di mana rakyat Malaysia boleh mengundi secara maya bagi memilih parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan pusat.

Undian terkini yang diperolehi menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan memperolehi 47.02 peratus atau 5,274 undi manakala BN hanya memperolehi 22.98 peratus atau 2,578 undi.

Parti Bebas yang turut bertanding berjaya mengaut 4.37 peratus atau 490 undi sahaja.

Jumlah pengundi yang didaftarkan dia dalam akaun tersebut adalah seramai 11,217 orang.

Walaupun ini hanya bersifat undian maya yang dibuat di laman sosial itu, kesimpulan keputusan setakat ini mendapati sokongan rakyat Malaysia terhadap BN sudah merosot.

Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa berkata walaupun undian itu secara maya, ia menggambarkan satu senario baru politik di negara ini yang mana rakyat mahukan perubahan tampuk pemerintahan daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

"Keputusan ini walaupun tidak rasmi tetapi menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang 1 Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini.

"Najib dan BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara. Yang terbaru tentang saman ekor sehinggakan disenarai hitam dan rakyat dipaksa untuk membuat bayaran penuh baru boleh diperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan mereka.

"Rakyat sudah mula menunjukkan hukum mereka terhadap BN, isyarat jelas rakyat berikan kepada BN bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya. Dalam masa ekonomi semakin teruk rakyat terbeban dengan kenaikan harga Najib masih lagi boleh bersenang lenang bercuti di luar negara,"
jelas Fariz kepada Suara Keadilan.

Tambah Fariz, keputusan maya itu menunjukkan rakyat sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Kita melihat rakyat sudah boleh menerima kehadiran Pakatan Rakyat di dalam politik negara ini, sokongan itu menunjukkan usaha Pakatan Rakyat dalam membangunkan kebajikan rakyat sudah meresapi jiwa dan semangat mereka.

"Dari sudut negatif pula kita jangan terlalu leka dengan keputusan tersebut kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang mengundi, mungkin Umno-BN sengaja melakukan perkara tersebut agar Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja keras untuk menguatkan parti. Apa yang saya harapkan usaha yang lebih keras perlu dilakukan oleh anggota KEADILAN dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas,"
kata beliau lagi.

Keputusan maya itu juga menunjukkan rakyat sudah mula telah menghantar isyarat awal yang jelas kepada BN sebelum PRU-13 bahawa mereka sudah serik dengan pentadbiran yang penuh dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Pengundi menganggap pentadbiran BN di bawah Najib tidak mampu memberi keselesaan hidup kepada rakyat berbanding sebelum ini.

Selain itu juga kegagalan BN meningkatkan taraf ekonomi negara ini juga menjadi faktor utama rakyat merasa tertekan yang dikaitkan dengan isu kenaikan harga barang dan ppenarikan subsidi.

Kekangan kebebasan bersuara dan tekanan ke atas media juga menjadi antara faktor utama kemerosotan sokongan rakyat kepada BN.

Sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pula memberi petunjuk jelas bahawa rakyat yakin gagasan itu bersedia untuk menggalas tugas menubuhkan kerajaan pusat yang baru selepas PRU-13 nanti.

Keyakinan rakyat berasaskan penerimaan rakyat terhadap dasar ketelusan, keadilan dan keterbukaan yang menjadi tunjang perjuangan Pakatan Rakyat.

Perubahan ke arah ini dapat di lihat daripada dasar serta program yang dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana pimpinan Pakatan Rakyat tidak meletakkan agenda memperkayakan peribadi, keluarga atau kroni semasa memegang tampuk kuasa.

Selain itu pengundi dalam Facebook juga melihat faktor membela rakyat yang menjadi teras Pakatan Rakyat mendapat perhatian berbanding BN.

Kuala Pilah YKSNS Jangan Buang Bayi Anda, Berikan Kepada Kami


Isu pembuangan bayi banyak berpunca dari zina, sumbang mahram atau rogol. Melaka telah bertindak dengan tubuh sekolah untuk asingkan pelajar terhamil, kahwinkan remaja yang tak boleh kawal nafsu dan beri insentif perkahwinan. Kelantan menegaskan perlu dilaksanakan hukum hudud. Negeri lain macamana ? Kita perlukan tindakan, bukan setakat mengkritik apa yang negeri lain buat.

Negeri Sembilan pun dah mula bertindak, tapi bukan kerajaan. Hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang terhad sumber kewangan dan tenaga manusia dan diterajui oleh seorang saudara baru atau mualaf.

Pertubuhan tersebut ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) yang beribu pejabat di Kuala Pilah. Kepada mereka yang hendak buang bayi sila hubungi YKSNS dengan Motto mereka JANGAN BUANG BAYI ANDA, BERIKAN KEPADA KAMI


Untuk maklumat lanjut hubungi talian YKSNS di 06-4810092 Email:

maayks@gmail.com

Atau pada pautan berikut

http://yksn9.blogspot.com/2010/08/jangan-buang-bayi-anda-berikan-kepada.html


Friday, August 20, 2010
Jangan buang bayi anda, berikan kepada kami !

YKSNS memahami tekanan perasaan yang dialami oleh gadis-gadis remaja belasan tahun yang keterlanjuran disebabkan pergaulan bebas pada usia remaja lalu disebabkan kebuntuan dan untuk menutup malu mereka bertindak di luar batas kemanusiaan dengan cuba melakukan tindakan membuang anak ataupun bayi yang baru dilahirkan.

YKSNS boleh merasakan penderitaan dan tekanan yang dialami oleh remaja sehingga bertindak begitu. Kami boleh merasakan bagi tersiksa mereka menanggung malu sehingga sanggup dan tergamak melakukan perbuatan kejam membuang anak yang menurut pemikiran orang biasa sesuatu yang luar biasa dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi pada masa yang sama tiada pula membuka dan menyediakan ruang taubat dan kembali ke pangkal jalan.

YKSNS ingin menyeru kepada remaja yang terperangkap dalam situasi seumpama ini agar kembali tenangkan diri dan yakin pada Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Bagi Allah swt walau sebanyak lautan buih dosa kita pun, bagi Tuhan Yang Pemurah dan Lagi Penyayng tiada keberatan walau sebiji sawi untuk menerima taubat dan membersihkan dosa noda kita.

Remaja yang kebuntuan,

Kembali tenang, kuatkan semangat, rasakan cinta dan sayang Allah swt kepada makhluk manusia sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya hubungilah kami. Kami mempunyai kemudahan penginapan dan pengalaman menguruskan isu seperti ini daripada penjagaan sewaktu mengandung sehinggalah bersalin dan kami juga bersedia untuk memikul amanah untuk membesarkan anak-anak yang tidak bersalah dan tidak berdosa itu jika tidak diperlukan. Ingat anak tersebut tidak minta dilahirkan begitu dan dibiarkan mati dalam tong sampah - pilu rasa hati apa bila melihat martabat manusia dipersiakan sehingga ke tong sampah.

Hubungi kami...
Kami bersedia membantu...
Kembalilah ke pangkal jalan...
Jangan terus bergelumang dengan dosa dan noda
Ingatlah pada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha P
enyayang

Wednesday, August 18, 2010

RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3755

SHAH ALAM 17 Ogos - Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.

"Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau (Abdul Gani) toidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak.Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan.

"Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes.

http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/33855-okay-what-about-this-affair-then

Komen:

Inilah sebenarny dalang besar. Berselirat pemimpin Umno yg punyai masalah bergayut dkt dia ni. Mmg tdk d nafikn sejak kes liwat 98, Ghani Patail ni lebh suka jadi hamba abdi pd org atasan pimpinan Umno.



Posted Date : 2010-08-17 13:40:16
by rockapak

klu dh hakim mcm tu...x tahu la nk ckp apa lg...apa la nk jadi dgn bumi yang ku cinta ini...takbirrr



Posted Date : 2010-08-17 14:28:49
by Sumpitan

wahai rakyat MALAYSIA kita dari semua kaum harus bersatu,menarjang UMNO/BN dari putrejaya .Kalau tidak NEGARA kita akan mendapat bencana besar!sekarang ini pun telah terbukti ,bawah lilin kena terjang sepak,masuk lokap MATI? orang ditudoh tanpa bukti ,bila masuk makamah,penghakiman berat sebelah?undi POS masuk berganda ganda,pilin raya 2008 undi belum habis kira, keputusan sudah diumumkan? diTV.Tanah Anak negari [tanah adat] dirampas untok syrikat2 korni ,diaorang semakin kaya.Orang kampung yg tinggal pepah kedana? Padahal diaorang penduduk peribumi. tanah yg dirampas sudah ditanam ,getah kelapa sewit ,rumah diruboh?cakap tidak serupa buat,RAKYAT DIDAULUKAN?....konon.........?



Posted Date : 2010-08-17 15:48:35
by MAG1617V

Aku rasa macam tak sabar nak dengar penafian daripada Guni 4Tahil ni. Betul Azza, inilah dalang besar dalam kes liwat DSAI sejak 98 dan memang benar dia ni suka jadi hamba pemimpin UMNO tu pasallah dapat jadi AG. Sumbangan paling besar beliau sejak jadi AG ialah kita kehilangan kedaulatan di Pulau Batu Puteh. Tahniah Gani emPATahIL.



Posted Date : 2010-08-17 17:43:15
by Kamar Istana Siber

Sungguh hebat penangan Raja Kamaruddin Petra. Semua rahsia keaiban Kamar Peguam Negara dia tahu. Keaiban Kamar Istana Keadilan dia banyak tahu. Itulah mahkmah dah jadi tempat berkumpul buat badut-badut dan kanggaroo pengamal undang-undang yang jadi hakim. Sebutan hakim kanggaroo sudah biasa didengar. Sebab itulah pimpinan umno yang menerajui kerajaan begitu takut kepada RPK. RPK tahu keaiban Musa, Ghani, Zaki, Najib dan mereka yang ada dalam senarai RPK. RPK adalah bom jangka yang ditakuti. Kerana itu usaha polis raja di malayisa untuk menangkap dan membawa RPK kembali ke Malaysia tidak akan berjaya. RPK dilindungi oleh United Kingdom. Dan Kerajaan Malaysia yang ditadbir secara cacamerba dan sistem kehakiman yang rosak dan aib sedang diperhati dan diteropong oleh United States of America.



Posted Date : 2010-08-17 18:04:06
by muhammad hafizullah

busuk punya orang...celakalah kamu!!!!



Posted Date : 2010-08-17 18:06:54
by Al Kojo

Poen punya pasal,tak kira hakim ke..peguam negara ke..saksi negera ke..sama je.



Posted Date : 2010-08-17 18:46:13
by HATARMI123

GUNI TAHI



Posted Date : 2010-08-17 19:18:56
by haji

alahai apa nak jd malaysia ni pnoh dgn skandal pendakwa pula ada kes pengadu kes liwat ada kes sampingan..... bnyk lg kes tp org yg tau x mau bogkar ayuh sama2 kita BONGKAR pincangnya kehakiman kita



Posted Date : 2010-08-17 22:48:48
by poen

Patut lah Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapore..bukan nya kerja sibuk ngan benda lain..



Posted Date : 2010-08-18 02:41:41
by Korok

4 tail x bkelayakan utk membuat keputusan sendiri jln mcm ketam nk menilai org.wei!!! letak jwatan lah.



Posted Date : 2010-08-18 09:05:04
by Paktehku

... kalau betul Tan Sri Gani Petail berkahwin di Thailand secara tidak sah mengapa Jabatan Agama Islam Wilayah tidak ambil tindakan...



Posted Date : 2010-08-18 10:42:21
by ys lim

ini lah malaysia,pemimpin umno adalah pengkhianat rakyat malaysia,apa satu malaysia,jangan tipu rakyat lagi,undi besar umno akan tahu apa itu kekuatan rakyat



Posted Date : 2010-08-18 15:35:29
by ibrahim

Manusia bila dah tak ada iman macam2 boleh berlaku ,termasuk lah si celaka guni4 tahil nie,.



Posted Date : 2010-08-18 16:47:40
by Mungkar Nangkir

Hai Ghani 4 tail, 10 tahun lagi kamu akan berumur 60 tahun lebih, 20 tahun lagi kamu akan berumur 70 tahun lebih dan adakah kamu sedar akan hal ini. Hai Ghani 4 tail, adakah kamu akan hidup lama lagi sedangkan penyakit kamu sekarang ini sudah sampai ke tahap kritikal. Hai Ghani 4 tail, kamu kena ingat semua kemungkaran yang telah kamu buat akan disoal di akhirat nanti. Hai Ghani 4 tail, sedarlah tiada siapa akan menolong kamu di akhirat nanti termasuklah orang-orang Umno Barisan Nasional yang telah kamu tolong selama ini yang telah terbukti benar kerana melakukan kemungkaran tetapi telah kamu bebaskan kecualilah kamu berlaku adil kepada orang yang teranaya.